Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAlat-Alat Perhiasan Diraja

  
Full Description
Thumbnail
  

​Tunggul Charok Buritan (Bendera Bercabang) yang dipacakkan di bahagian Charok.​

  
​Sandaran berbentuk empat persegi bujur, besar ke atas, kecil sedikit di bawah. Sandaran ini dipacakkan di antara Tunggul Carok dengan Ula-Ula Besar.

  

​Ula-Ula Besar dan Sumbu Layang dipacakkan antara Sandaran dan Payong Haram. Bentuknya seakan-akan tabir, mempunyai ukiran bunga warna merah, berpenyambut warna putih, diatasnya diletakkan tiga Nanglong dibawahnya bercabang tiga, tiap-tiap hujung cabang menjuntai beberapa rumbai yang diikat dengan benda yang berat supaya ia sentiasa mengurak. Dibawahnya diikat Sumbu Layang yang melintang dan hujungnya menjuntai kanan dan kiri, mankala hujungnya yang menjuntai itu disimpul kira-kira separuh, di dalam simpulan itu diisikan dengan sebiji buah naga.

  

​Payong Haram merupakan payung yang tidak dikembangkan, ianya dipacakkan di antara Ula-Ula Besar dengan Payong Ubor-Ubor Tiga Ringkat.

  

​Payong Ubor-Ubor Tiga Ringkat merupakan Tiga Ringkat Ubor-Ubor yang bertiris-tiris besarnya, iaitu tingkat atas kecil, tingkat kedua sederhana, dan tingkat bawah sekali besar, manakala diatasnya bercabang. Payong Ubor-Ubor Tiga Ringkat ini dipacakkan di antara Payong Haram dan Chogan Ugama.

  

​Chogan Ugama dipacakkan di antara Payong Ubor-Ubor Tiga Ringkat dengan Lambang Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

  

​Chogan Istiadat (Chogan Diraja) dipacakkan di antara Panji-Panji dengan Mahligai.

  

​Mahligai adalah merupakan suatu bentuk binaan khas, yang mengandungi rupa bentuk atap yang terpelihara dan di atas yang tinggi sekali diberi berkemuncak. Di tiap-tiap penjuru bahagian atas atapnya itu dihiasi dengan Nanglong, Patera, dan Buah Butun. Mahligai ini terletak di antara Chogan Istiadat (Chogan Diraja) dengan Payong Tinggi.

  

​Payong Tinggi ialah payung yang diperbuat daripada kain yang dipacakkan di antara Mahligai dan Alam Bernaga dinaikkan (Gagandong) dan di Pemanjangan.

  

​Alam Bernaga (Alam Besar) ialah bendera yang berbentuk tiga segi, tirus ke hujung, manakala siringnya berbiku-biku; letaknya antara Payong Tinggi dengan dua Pisang-Pisang.

  

​Pisang-Pisang sama bentuknya seperti Sandaran, hanya besar di atas dan dibawahnya adalah sama. Pisang-Pisang ini dibawahnya berseberangan (satu di kanan dan satu di kiri) hampir ke siring bibir atap Pemanjangan, letaknya di antara Alam Bernaga (Alam Besar) dengan Tunggul Buritan.

  

​Tunggul Buritan (bendera bercabang) dipacakkan di bahagian belakang (buritan).

  

​Payong Ubor-Ubor, Ambal, Tunggul Kawan dan Dadap merupakan satu rangkaian empat macam Alat Perhiasan yang dipacakkan di kanan dan di kiri bibir atap Pemanjangan dan kenaikan (Gagandong) dan di Pelaluan yang diatur menurut susunan.

  

​Tunggul Kawan (satu rangkaian empat macam Alat Perhiasan – sila rujuk rajah Payong Ubor-Ubor).

  

​Dadap (satu rangkaian empat macam Alat Perhiasan – sila rujuk rajah Payong Ubor-Ubor).

  

​Rawai Lidah dipasang di sekeliling Pemanjangan dan Kenaikan (Gagadong).

  

​Sapu-Sapu Ayeng ini berjumlah sebanyak empat semuanya yang diperbuat daripada Kain Kihip. Alat Kebesaran ini disusupkan di siring menghala ke luar, satu pada setiap penjuru Pemanjangan. Bagi kenaikan (Gagandong) ianya akan disusupkan di penjuru sebelah bawah kenaikan.

  

​Ambal (satu rangkaian empat macam Alat Perhiasan – sila rujuk rajah Payong Ubor-Ubor).