Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksProfil Yang Di-Pertua


 

Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah
Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar,

D.K., P.H.B.S., P.B.L.I., P.J.K., P.K.L.

Lahir:

Yang Amat Mulia Pengiran dilahirkan pada 23 September 1945, di Kampong Kianggeh, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) Negara Brunei Darussalam.

Pendidikan:

Yang Amat Mulia Pengiran mendapat pendidikan awal pada tahun 1954 di Sekolah Melayu Pekan Brunei. Pada tahun 1956, Yang Amat Mulia Pengiran telah berpindah ke Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) dan Sekolah Melayu Ahmad Tajuddin, Kuala Belait (1956-1958). Selepas itu, Yang Amat Mulia Pengiran meneruskan persekolahan di St. Micheal School, Seria dari awal tahun 1958 sehingga Julai 1958 dan kemudian menyambung di Maktab Anthony Abell, Seria (1958-1966).

Kerjaya:

Yang Amat Mulia Pengiran memasuki Pasukan Polis sebagai Polis Kadet pada tahun 01 Januari 1967, dan ditetapkan jawatan sebagai Inspektor pada tahun 1970 sehingga 28 November 1971. Pada 29 November 1971, Yang Amat Mulia Pengiran telah dilantik menjadi Timbalan Pengawal Kastam dan Eksais Diraja Brunei yang pertama. Selepas itu, Yang Amat Mulia dilantik menjadi Pengawal Kastam dan Eksais Diraja pada 01 Januari 1975 sehingga 01 April 2000. Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran telah dilantik menjadi Grand Chamberlain (20 Ogos 1986 - 1992). Pada 01 April 2000, Yang Amat Mulia Pengiran telah dilantik menjadi Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara bagi menggantikan Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Lela Sahibul Kahar Pengiran Anak Haji Mohd. Yusof ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Keahlian:

Yang Amat Mulia Pengiran merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Ahli Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja, Ahli Majlis Ugama Islam, Ahli Majlis Mesyuarat Adat Istiadat dan Ahli Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja.

Gelaran/Bintang/Pingat:

Pada 06 November 1969, Yang Amat Mulia Pengiran telah dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan terasul 'Yang Amat Mulia Pengiran Anak' setelah berkahwin dengan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran telah diangkat menjadi Cheteria 4, 'Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad' pada 14 Januari 1970. Selepas itu, Yang Amat Mulia Pengiran dinaikkan pangkat gelaran dalam Cheteria 4, 'Pengiran Shahbandar Sahibul Bandar' pada 02 Ogos 1972. Pada 08 April 1975, Yang Amat Mulia Pengiran telah dinaikkan pangkat gelaran sebagai Kepala Cheteria, 'Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah'.

Selain daripada itu, Yang Amat Mulia Pengiran telah dikurniakan dengan beberapa Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormatan, antaranya:

Bintang Kebesaran dan Pingat KehormatanSingkatanTarikh
Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (Dato Laila Utama)D.K.15 Julai 1972
Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati (Dato Seri Utama)D.K.15 Julai 1970
Pingat Hassanal Bolkiah Sultan Pangkat PertamaP.H.B.S15 Julai 1971
Pingat Bakti Laila IkhlasP.B.L.I.2001
Pingat Jasa KebaktianP.J.K.02 Febuari 1989
Pingat Kerja LamaP.K.L.19 Disember 1987
Pingat Pengisytiharan Kemerdekaan 10 Mac 1997
Pingat Perjuangan (Pangkat Pertama)  
Pingat Puspa (Emas) 1968
Pingat Jubli Emas (Emas) 2017
Pingat Jubli Perak (Emas) 1992
Pingat Polis Diraja  
Pingat Polis 50 Tahun  
Pingat Perkhidmatan Polis  
Pingat Jubli Intan Polis 75 Tahun  
Grand Cordon of The Nile (Egypt) 1984
Knight Grand Cross (First Class) of The Most Exalted Order of The White Elephant (Thailand) 1988
Order of Diplomatic Service Merit, Heung-In Medal (Republik of Korea) 1988
Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Negara Bintang Sarawak Darjah PertamaP.N.B.S.1989
The Order of Prince Yaroglav The Wise Third Class (Ukraine) 8 Mac 2004
Pingat Pertabalan Agong ke-IX  
Pingat Peringatan Jubli Perak (Selangor) 1987
Pingat Pertabalan Sultan Selangor, Sultan Sallahuden Abdul Aziz Shah 2003
Pingat Peringatan Jubli Perak (Kelantan) 2005
Pingat Jubli Perak Hari Kebangsaan ke-25 Tahun 23 Februari 2009


Perkahwinan:

Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar telah melangsungkan perkahwinan dengan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, pada hari Khamis 25 Syaaban 1389 bersamaan 06 November 1969. Hasil perkahwinan Yang Amat Mulia Pengiran dengan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri telah dikurniakan dengan lima (5) cahayamata, iaitu:

  1. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah.
  2. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar.
  3. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul 'Ali Yil-Kabier.
  4. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Ameenah Bushral Bulqiah.
  5. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus.

Kewajipan Dalam Gelaran:

  1. Menjadi Yang Di-Pertuan Adat Istiadat Negara, Jabatan Perdana Menteri.
  2. Menjadi pengapit kepada Pengiran Perdana Cheteria.
  3. Memerhatikan hal ehwal tugas-tugas yang dijalankan oleh sekalian Cheteria dan sesudah mengadakan perundingan dengan Pengiran Perdana Cheteria akan menyembahkan laporan kepada Sultan mengenai keadaan yang diperhatikannya bagi memperbaiki dan memperelokannya.

Kegemaran:

Yang Amat Mulia Pengiran meluangkan masa dengan kerja kebajikan dan bersukan.