| 
 Bahagian Protokol ini mempunyai tiga unit iaituUnit Data dan Maklumat , Unit Persediaan Majlis , dan Unit Penyimpanan dan Rujukan . Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Protokol.I.	Unit Persediaan Majlis Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Protokol.  Di antara tugas dan tanggungjawab Unit ini ialah: 
Mengatur persediaan istiadat, memberi panduan dan melaksanakan majlis-majlis beristiadat atau majlis-majlis rasmi dan upacara-upacara kenegaraan. 
 
Menyediakan rangka kerja dan jadual majlis-majlis beristiadat.
 
Menyediakan peralatan dan perkakas istiadat sebelum majlis berlangsung.
 
 
 II.	Unit Data & MaklumatUnit ini diketuai oleh Penolong Setiausaha Adat Istiadat.  Di antara tugas dan tanggungjawab Unit ini ialah:
Memproses senarai, mengumpul maklumat, mencetak dan mengeluarkan jemputan orang-orang yang dijemput di majlis beristiadat, majlis-majlis rasmi dan upacara-upacara kenegaraan.
 
Mengurus surat menyurat, mengawas fail-fail berkenaan dan borang-borang protokol.
 
Menyediakan jumlah jemputan yang akan dijemput, jumlah kehadiran jemputan sebelum dan setelah istiadat atau majlis selesai.
 
Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Jemputan dan Protokol.
 
Mengedarkan surat-surat keliling untuk makluman unit-unit dan menyediakan arahan-arahan minit dan sebagainya.
 
 III.	Unit Penyimpanan & RujukanUnit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Protokol.  Di antara tugas dan tanggungjawab Unit ini ialah:
Mengumpul bahan-bahan, rekod, rujukan dan sebagainya yang diperlukan oleh Bahagian Protokol.
 
Menyimpan contoh jemputan, kad masuk, peringatan istiadat atau majlis, teks doa selamat dan lain-lain yang diperlukan sebagai rujukan. 
 
Menyimpan fail-fail kehadiran.
 
Menyimpan rekod-rekod istiadat atau majlis seperti fail, buku, risalah, media cetak dan sebagainya.
 
Menyediakan bahan-bahan rujukan seperti gambar contoh pakaian, jemputan, bintang-bintang kebesaran dan sebagainya untuk keperluan jemputan.
 |