Semenjak dari tahun 1954 sehingga ke hari ini, jawatan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara telah dipegang oleh seramai tiga orang Yang Di-Pertua, iaitu:

Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman
(01 Julai 1954 sehingga 30 November 1981).

Allahyarham Pengiran Maharaja Lela Pengiran Anak Haji Mohd. Yusof
ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
(01 Disember 1981 sehingga 17 Ogos 2000).

Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah
Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Haji Abu Bakar
(01 April 2000 sehingga sekarang).